Friday, November 4, 2011

Sisters in Islam kecam tindakan polis terhadap Seksualiti Merdeka


"btw Ambiga isn't leading SM, only opening it. I opened it a few years ago. No trouble then." - Datin Paduka Marina Mahathir.

"LGBT juga adalah rakyat Msia. Ke mana mrk harus pergi jika semua menolak mrk? Dekati, bukan keji. Jgn jadikan agama sesuatu yg dibenci" "we pay taxes too. We work, pay our food and drinks, we laugh, we cry, etc...like normal people, but aren't treated that way."

FOR THE SIS PRESS RELEASE, CLICK "HERE

KUALA LUMPUR, 3 Nov – Pertubuhan bukan kerajaan Sisters in Islam (SIS) dengan mengecam tindakan keras pihak polis mengharamkan program Seksualiti Merdeka, yang dikuatkuasakan serta-merta hari ini.Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, kata SIS, pihaknya menganggap ia satu lagi bentuk tindakan menapis dan menghalang aspek kebebasan bersuara, berhimpun dan berkongsi idea dengan bebas di Malaysia. “Kami juga prihatin berkenaan kaedah pengharaman yang hendak dikuatkuasakan.“Adakah, misalnya, ada perintah pengharaman satu-satu festival? Bagaimana pihak polis hendak menguatkuasakan pengharaman ini?” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.


SIS berkata sementara pihaknya faham yang ada Muslim yang membantah idea menghormati kepelbagaian gender dan seksual, sebagai pertubuhan membela kaum wanita mereka tidak bersetuju dengan kaedah digunakan untuk menghalang idea-idea ini.“Kami sendiri berhadapan dengan laporan-laporan polis hanya kerana mempersoalkan prosedur-prosedur jenayah syariah ke atas wanita, dan penerbitan kami yang membincangkan impak ekstremisme agama ke atas wanita Muslim pernah diharamkan oleh pihak berkuasa,” kata SIS lagi.

Sehubungan itu kata SIS, pihaknya kecewa kerana Seksualiti Merdeka berhadapan dengan nasib intimidasi dan pengaiban yang sama.“Kami meminta rakan-rakan Muslim agar menggunakan kebijaksanaan apabila berurusan dengan isu-isu dibawa oleh Seksualiti Merdeka.


No comments: