Thursday, August 11, 2011

Gereja Yang Diserbu JAIS bukan Gereja katolik & Anglikan ataupun Arus Perdana

Please Take Note That The Roman Catholic Church, The Church Of England & Traditional Denominations do not welcome Muslims into our faith, We have never done this & we will never do this. The recent contoversy involving a Church in PJ has no affliation with The Roman Catholic Church & The Church Of England. They are an Independent "Born Again" or "Evangelical" Denominations.

Untuk Perhatian Semua, Dalam Agama Kristian, ada banyak mazhab. Isu yang paling baru dimana Gereja Di Petaling Jaya disyaki memurtadkan orang Islam tidak ada sebarang pertalian dengan Gereja Katolik & Gereja Anglikan (Church Of England) ataupun Arus Perdana. Gereja ini adalah pertubuhan bebas yang juga dipanggil "Born Again" dan "Evangelical" Christians, Gereja-Gereja bebas ini adalah Mazhab baru dan tidak ada sebarang perhubungan dengan Gereja Katolik & Ketuanya, Pope Di Vatican. Gereja-gereja baru ini juga tidak mempunyai perhubungan dengan Gereja Anglikan & Ketuanya Queen Elizabeth & Archbishop Of Canterbury.


Gereja Katolik & Anglikan tidak pernah memurtadkan orang Islam & tidak akan membuat sedemikian mahupun di masa hadapan. Orang Islam hanya masuk gereja kita bila Kawan ataupun keluarga Kristian mereka meninggal dunia. Paderi-Paderi & Uskop Agong (Archbishop) & Semua Bishop Kami berpegang kuat terhadap princip ini.

Mazhab Katolik & Anglikan adalah Gereja Paling Lama & penuh dengan Tradisi. Kebanyakan Gereja kami berbentuk Gereja Tradisi dan bukan bangunan moden ataupun di lot kedai. Gereja-Gereja Mazhab Baru tidak mempunyai Pengiktirafan dari Gereja Katolik & Anglican dan Kedua-dua Gereja Tradisi ini tidak bersefahaman dengan Mazahab "Born Again" & "Evangelical."



KUALA LUMPUR, 11 Ogos — Gereja arus perdana menjauhkan diri dari gereja-gereja evangelis bebas yang didakwa cuba ‘memurtadkan’ Muslim negara ini, kata seorang pemimpin gereja Protestan.


Beliau memberitahu The Malaysian Insider bahawa gereja-gereja arus perdana kecewa dengan beberapa kumpulan Kristian bebas kerana tidak sensitif dengan komuniti-komuniti agama lain apabila berkongsi kepercayaan mereka.


“Kami ada kes di mana orang Hindu mengadu mengenai Kristian terlalu bersifat mendesak,” kata pemimpin itu sambil menambah, masyarakat Islam, Buddha dan Sikh juga membuat aduan yang sedemikian.


“Bagaimanapun kesemua kes ini, di mana penganut Kristian berkongsi (kepercayaan mereka), bukan bertujuan memaksa atau meletakkan kepercayaan lain sebagai sesuatu yang buruk,” kata beliau yang tidak mahu namanya didedahkan atas alasan isu semasa terlalu sensitif.


Pandangan ini muncul ketika kontroversi ekoran serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama dekat Petaling Jaya minggu lalu atas aduan bahawa ada usaha memurtadkan orang Islam.


Sehubungan itu kata beliau, perkembangan semasa ini menunjukkan bahawa ada gereja, yang bertindak sebagai kumpulan bebas, melakukan sesuatu yang kemungkinan boleh menjejaskan hubungan baik gereja dengan komuniti-komuniti lain.


“Oleh itu, gereja-gereja merasakan bahawa sementara mereka ada hak untuk menganut kepercayaan mereka, perlu juga ada kerjasama rapat dan sikap akauntabiliti antara gereja,” kata beliau.


Masyarakat Kristian terdiri daripada 9.2 peratus penduduk Malaysia.


Mengikut perangkaan Vatican, Katolik merangkumi tiga peratus. Protestan pula merangkumi enam peratus manakala yang minoriti pula ialah kumpulan bebas evangelis.


Pemimpin gereja kanan itu juga berkata, gereja-gereja arus perdana juga prihatin dengan dakwaan bagaimana sesetengah gereja evangelis bebas boleh memurtadkan Muslim.
“Jika seseorang bertanyakan kitab injil, mereka akan berikannya,” kata beliau.


Sumber itu menambah kumpulan Kristian bebas sedemikian termasuklah kumpulan sekta, termasuk dari negara-negara lain.


Mengikut laporan semalam, penganjur majlis makan malam muhibah di gereja itu menafikan dakwaan terdapat usaha mahu memurtadkan umat Islam sebaliknya menegaskan ia adalah program menyampaikan bantuan kepada golongan miskin tanpa mengira kaum dan agama.
Dilaporkan terdapat nyanyian lagu keagamaan dalam majlis itu yang diadakan di Gereja Methodist Damansara Utama, yang mana diserbu pegawai Jais pada Rabu lalu.


Pengarah Eksekutif Harapan Komuniti berkata organisasi itu komited untuk membantu golongan miskin dan ‘melarat’ dan penghidap HIV dan Aids melalui pendekatan “kasih sayang, harapan, keamanan dan maruah” sambil menegaskan menyewa premis Gereja Methodist Damansara Utama.


“Harapan Komuniti membantu mereka yang memerlukan terutamanya golongan miskin dan mereka yang ditindas namun Jais bertindak untuk mengganggu acara amal ini pada 3 Ogos lalu,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan melalui peguamnya Annou Xavier.
Serbuan itu mendapat bantahan banyak pihak dan kerajaan negeri Selangor di bawah Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim menuntut satu laporan daripada Jais berhubung kemelut yang berlaku.


Bagaimanapun pertubuhan bukan kerajan (NGO) Islam mempertahankan Jais dan Exco Kerajaan Negeri Datuk Dr Hasan Ali yang mendakwa perkataan “al-Quran” dan “doa” atau “pray” diselitkan.


Peguam bela mewakili 10 daripada 12 individu beragama Islam, yang dilapor berada di gereja ketika serbuan Jais berkata anak guamnya telah diminta membantu siasatan berhubung usaha mahu memurtadkan umat Islam di bawah Seksyen 4 Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988.


Di bawah seksyen itu, seseorang yang didapati melakukan kesalahan memujuk, mempengaruhi atau menghasut seseorang yang beragama Islam supaya cenderung kepada mana-mana agama bukan Islam atau supaya menjadi penganut atau anggota mana-mana agama bukan Islam atau supaya meninggalkan atau tidak suka kepada agama Islam.


Mereka boleh disabitkan mengikut seksyen kecil (1) dan jika didapati bersalah boleh dikenakan penjara sehingga satu tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali.
Difahamkan tujuh daripada 12 individu beragama Islam itu menerima bantuan daripada Harapan Komuniti.

No comments: