Wednesday, April 27, 2011

UMNO Kemungkinan Besar Hilang Kerajaan Malaysia

Gelombang "Satu Melayu, Satu Bumi" akan membawa malapetaka kepada Barisan Nasional & ini akan mengakibatkan Parliament "tergantung" (Hung Parliament) dimana Dua Parti diperlukan untuk memimpin negara kerana undi tidak mencukupi untuk mana mana pihak untuk membentuk Kerajaan Pusat.

Memang benar bahawa ada negara yang dipimpin dengan lancar oleh sistem dua parti. Tetapi ini bermakna kehilangan kuasa penuh Barisan Nasional untuk membentuk kerajaan pusat dan negeri.

Buat masa sekarang, MCA & MIC tidak lagi mempunyai sokongan dari bangsa sendiri & ini adalah satu masalah besar akibat oleh UMNO sendiri. UMNO tidak boleh membentuk Kerajaan Pusat jikalau MCA, MIC & Gerakan Kalah pada Pilihanraya Umum.

KUALA LUMPUR, 26 April — Gerakan gelombang “1Melayu 1Bumi” yang akan dilancarkan oleh Perkasa Sabtu ini, dengan menyahut seruan Utusan Malaysia, akan menggugat matlamat gagasan 1 Malaysia yang sudah mula diterima ramai, kata Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ini berkata, beliau tidak melihat langkah menggerakkan gelombang itu berada dalam kedudukan yang betul memandangkan gagasan 1 Malaysia sudah pun diterima dengan baik menerusi pelbagai aktiviti diadakan ke arah itu. “Oleh itu, tidak manfaat bagi mana-mana segmen (kaum) untuk menonjolkan diri mereka ke depan dan mengatakan 1Bumi, 1Bukan Bumi,” kata beliau selepas melancarkan “1 Malaysia Visibility Programme” di Menara TM di sini hari ini.

Ahli Parlimen Jelebu ini berkata sebarang idea yang bercanggah dengan gagasan 1 Malaysia tidak seharusnya disokong.

“(Bagaimanapun) kita tidak seharusnya dengan cepat mengatakan bahawa ia akan menghakis gagasan 1 Malaysia. Malah, Dr Mahathir sendiri mengatakan ia bukan idea yang baik . . . harus melihat ke depan menerusi gagasan 1 Malaysia terlebih dahulu,” katanya.

Sebelum ini, Perkasa bertegas mahu meneruskan pelancaran gerakan “1Bumiputera” — menyahut idea “1Melayu, 1Bumi” disyorkan oleh editor Utusan Malaysia walaupun tidak disambut baik bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pertubuhan bukan kerajaan pembela hak dan keistimewaan Melayu itu mahu melancarkan gerakan tersebut sebaik sahaja Dr Mahathir selesai berucap merasmikan perhimpunan nasional Perkasa di Alor Setar hujung bulan ini.

“Perkasa menghormati pandangan Tun Mahathir yang tidak setuju tentang cadangan Perkasa hendak lancar (gelombang) 1Bumiputera.

“Itu pandangan Tun M dan kami hormatinya. Tun M juga tidak setuju dengan 1 Malaysia. Banyak kali beliau sebut beliau tidak faham 1 Malaysia bila ramai bertanya kepada beliau,” kata Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali dalam satu kenyataannya.

Jumaat lalu, Dr Mahathir berkata idea gelombang “1Melayu, 1Bumi” adalah tidak baik untuk negara jika diadakan dan akan membawa kepada malapetaka.

MCA: Perkasa, Utusan affecting BN

No comments: