Wednesday, February 29, 2012

'The Star' Tidak Salah Paparkan Gambar Erykah Badu

Memang Tepat gambar tersebut disiar supaya orang-orang percaya bahawa berita ini benar dan penyanyi itu memang pun mempuyai 'tattoo sementara' ketika itu. Kenapa pula media yang memapar benda yang sebenar perlu di gantungkan? Bukankah Bodoh ertinya? Lagi pun Tattoo tersebut adalah 'tattoo sementara', bukan Tattoo yang mengunakan dakwat atau pisau. Fikiran segolongan rakyat kian sempit! Feudal Namanya!

KUALA LUMPUR, 28 Feb — Mufti Perlis Dr Juanda Jaya (gambar) telah mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan tegas, dengan menggantung penerbitan akhbar The Star berikutan penyiaran gambar artis irama R&B wanita Erykah Badu yang amat menghina Islam.

“Kerajaan perlu konsisten dalam ketegasan menangani isu sensitiviti agama,” tegasnya dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider hari ini. “Saya yakin semua rakyat Malaysia pelbagai agama kenal kalimah Allah, dan tiada alasan untuk sekadar menyatakan terlepas pandang berkenaan perkara itu.

“Permohonan maaf yang dibuat dengan saiz yang amat kecil itu tidak memadai.
“Kita sokong kebebasan akhbar, tapi tidaklah sehingga mencerca agama dan anutan orang lain,” katanya lagi.

Sehubungan itu, Juanda turut mendesak Kementerian Penerangan membatalkan konsert penyanyi itu yang dijangka berlangsung 29 Febuari ini, kerana lagu-lagunya mengandungi unsur-unsur lucah dan maksiat yang menjurus kepada keruntuhan akhlak.

Erykah Badu telah menimbulkan kontroversi sebelum ini apabila mencacah tatu menggunakan nama Allah dan Nabi Muhammad di tubuhnya.

http://my.news.yahoo.com/mufti-perlis-the-star-patut-digantung-051022145.html

No comments: