KUALA LUMPUR, 6 Mei — Datuk Thasleem Ibrahim, pengerusi Pasukan Tindakan Interlok Nasional (NIAT) berkata, beliau salah seorang daripada beberapa individu yang turut menerima DVD video seks, yang “Datuk T” dakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Thasleem berkata, DVD diposkan ke pejabatnya di Jalan Damansara di sini, dengan bersetem Thailand dan tertera perkataan “Prasan Mit” — dipercayai pejabat pos bahan itu diposkan. “Ia memang menghairankan (saya). Kemungkinan kerana mereka tahu saya ada pandangan yang berbeza dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim; isu 16 September mahu mengambil alih Putrajaya yang saya bantah sama sekali,” kata beliau kepada The Malaysian Insider sambil menyifatkannya sebagai “tidak Islamik.”
Thasleem berkata satu lagi kemungkinan ialah beliau selalu membawa pelbagai isu dan dalam kes ini ia melibatkan aktiviti moral.
Ketika ditanya mengapa beliau menunggu tiga hari sebelum membuat laporan polis, Thasleem berkata beliau sibuk dan memerlukan masa untuk melihat sendiri video seks. “Ia klip kira-kira 16 minit, saya telah menontonnya untuk meyakinkan saya tentang apa di dalamnya,” katanya.
Tambah beliau pada klip ada tulisan Thailand dengan angka 2011 dari awal hingga akhir.
“Pada pandangan saya, wajah wanita itu sangat jelas, yang seorang macam Datuk Eskay... dan orang ketiga, ramai yang mengatakan sebagai Anwar tetapi saya pasti bahawa dia bukan Anwar,” katanya lagi.
Datuk Shazryl Eskay Abdullah, salah seorang daripada tiga “Datuk T” awalnya mendedahkan video seks itu pada 21 Mac lalu.
“Mana-mana warganegara seharusnya telah melakukan yang ini, pergi kepada polis dan menyerahkannya. “Saya biarkan pihak berkuasa memutuskan apa yang perlu dilakukan,” katanya lagi.
Awal minggu ini, Ahli Parlimen PKR dari kawasan Kapar juga mendedahkan ada menerima VCD daripada pihak tidak dikenali dari Thailand.

No comments:
Post a Comment