Monday, May 9, 2011

ISA Perlu Bertindak Terhadap Utusan Malaysia




Fitnah yang tidak munasabah oleh Utusan Malaysia adalah Kebodohan Yang Tidak Boleh Dilupakan ataupun Dimaafkan! ISA perlu bertindak terhadap Fitnah seperti ini yang berbau perkauman & Keagamaan. Hanya Rakyat Yang Feudal akan mempercayai Fitnah kotor seperti ini!





Nik Aziz: Saya tak percaya Utusan

KUALA LUMPUR, 9 Mei — Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mendesak Utusan Malaysia dan blog memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia jika didapati menyiarkan laporan tidak bertanggungjawab kononnya ada konspirasi mengubah status agama rasmi negara ini.

Pengerusinya Ahmad Syukri Ab Razab berkata, Utusan Malaysia selaku media arus perdana tidak sepatutnya menyebarkan laporan yang dipetik daripada penulisan blog kerana ia kemungkinan tidak benar dan boleh menimbulkan ketegangan antara agama terutamanya orang Islam dan penganut Kristian.

Ahmad Syukri berkata demkian sebagai respons terhadap akhbar berkenaan kelmarin yang melaporkan wujudnya perbincangan untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara, sekali gus melantik perdana menteri dalam kalangan penganut itu.

Laporan itu juga mendakwa ada konspirasi mahu menjadi Kristian sebagai agama rasmi, usaha didakwa disokong oleh pemimpin-pemimpin DAP.

Bagaimanapun pemimpin-pemimpin DAP telah menafikan perkara tersebut sambil mengulangi pendirian mempertahankan Islam sebagai agama rasmi negara ini.

Laporan muka depan dengan tajuk “Kristian agama rasmi” itu turut disiarkan dalam beberapa blog pro-Umno.

Blog-blog itu menuduh DAP menghasut dengan cuba meminda undang-undang negara untuk menjadikan mereka yang beragama Kristian menjadi perdana menteri, dengan menunjukkan gambar berbintik-bintik yang didakwa mereka sebagai pakatan rahsia antara DAP dan pastor-pastor di sebuah hotel di Pulau Pinang, Rabu lalu.

Tegas Ahmad Syukri, penulisan blog yang dipetik Utusan Malaysia tidak seharusnya dijadikan bahan publisiti oleh akhbar milik Umno itu kerana ia tidak menghormati sensitiviti agama lain. "Sekiranya penulis blog itu benar-benar memiliki bukti mengenai isu yang ditimbulkan, saluran yang betul perlu digunakan agar isu ini dapat disiasat tanpa mewujudkan ketegangan yang mengancam keharmonian rakyat.

“Selain itu, SMM juga mendesak agar mana-mana pihak tidak menjadikan isu ini sebagai isu politik bagi menamatkan kekeruhan yang telah tercetus... SMM berpendirian untuk menunggu siasatan polis dan sekiranya terbukti isu yang ditimbulkan adalah fitnah dan berniat jahat, maka blogger itu perlu dikenakan hukuman berdasarkan kesalahan fitnah,” katanya.

Tambah beliau, sekiranya dakwaan penulis blog itu benar pihaknya menuntut agar siasatan lanjut dilakukan agar Perlembagaan Persekutuan dijaga dan terpelihara.

“Sekiranya isu yang ditimbulkan oleh blogger berkenaan adalah benar iaitu wujud sentimen yang cuba mencabar kedudukan agama Islam dalam Artikel 11 Perlembagaan, maka SMM menuntut agar siasatan lanjut diadakan agar integriti Perlembagaan Malaysia kekal sebagai undang-undang tertinggi negara,” katanya.

Some Comments On Yahoo...

A Kamal 2 hours ago
Tepat sekali desakan yang dibuat oleh Sdr Ahmad Syukri Ab Razab dari Solidariti Mahasiswa Malaysia. Ini merupakan taktik kotor Utusan dan penulis blog yang bertindak tanpa usul periksa. Ini merupakan hasutan perkauman yang amat bahaya dan taktik melaga-lagakan masyarakat melalui sentimen keagamaan. Tok Guru Nik Aziz juga mengutuk perbuatan ini; yang boleh mangancam perpaduan rakyat secara keseluruhannya. Buat siasatan dan yang bersalah wajib dibawa ke muka pengadilan

Kuskus 26 minutes ago

Utusan perlu dapat berita yg. sahih dan tepat.Sekarang niee orang ramai khasnya rakyat Malaysia kurang percaya kepada Utusan yg. kononnya pro UMNO/Kerajaan ( Tak Bebas ).Utusan perlu peka tentang perkara ini.Sekiranya tak betul laporan tersebut maka sahlah Utusan sukar utk. diterima olih rakyat.Kredibiliti nya telah tercalar dan mungkin ia akan dilebel Perkauman olih Parti Politik Pembangkang atau Pakatan Rakyat.Ikut Rasa binasa,Ikut hati mati.Jika benar perkara itu ujud maka kita perlu ambil tindakan tegas demi ugama ISLAM sehingga ketitisan darah yang akhir.

Utusan Meloya... bodoh dan tidak beretika.. nak perbodohkan orang lain... sanggup menjalankan kerja kerja bodoh..tak pikir akibat dan mudarat.. semua orang tau kat malaysia ni Agama Rasmi Islam... semua 1malaysia dah tau dan terima dah... tak payah buat provokasi bodoh.. patutnya editor skrang ni kena pecat jer.. bukan yang sebelum ni...

ahmad daud 1 hour ago

utusan meloya ni macam nak cetuskan perang antara agama di malaysia ni. diorang nak ke malaysia jadi macam kat timur timor!!!!! jgnlah nak cari publisiti murahan dengan memetik petikan dari blog yg tak tau kebenarannya. gunalah AKAL yang Allah bg tu. jgn asyik nak laga-lagakan masyarakat di malaysia. kami dah byk menanggung beban skg ni dan jgn tambah lagi bebanan kami dengan berita yang entah betul entah tidak. siarkan dan hebahkan berita yang betul2 benar dan tepat. jgn laga2kan masyarakat. bukan kerja senang nak ubah perlembagaan. mesti mendapat persetujuan 2/3 dewan rakyat dan perkenan dari Agong. bagi sy, ini hanyalah publisiti murahan yang hanya cuba memesongkan perhatian rakyat dari perkara yang benar2 serius seperti kenaikan harga petrol ron 95, gandum, minyak masak dan tarif elektrik. x percaya cuba cek balik bil2 lama dan bandingkan dengan yang sekarang.

Say_Ra 2 hours ago

stupid. y christian? why not buddha? hindu? why must use christian as a tactic to your dirty politics!

wellson 1 hour ago

Salam sejahtera.Sebagai wadah pembaca, seharusnya Utusan Malaysia harus rasional dlm mengeluarkan bahan bacaan.Jika bahan itu sudah jadi bahan provokasi, apalah gah guna nama Utusan Malaysia...bukan menyatukan tetapi sengaja menimbulkan rasa xsenang dkalangan rakyat MalaysiaKalau betul, buktikan...jgn main terjah..

No comments: